El Cid
El Cid

El Cid

Rodrigo Díaz de Vivar (s. 1043 atau 1048[1]  – 10 Julai 1099) seorang kesateria dan panglima perang dari Kerajaan Castilla; para orang Moor yang mengenalinya menjoloknya gelaran El Cid yang bermaksud "Tuan" atau "Sayid" (pinjaman bahasa Arab السَّيِّد) manakala orang Kristian memanggilnya El Campeador, "Tuan Medan [Perang]" dalam bahasa Sepanyol Lama.Beliau disanjung tinggi selepas meninggal dunia sehingga dijadikan pahlawan atau wira negara Sepanyol. Riwayat hdupnya turut diabadikan dalam puisi epik El Cantar de mio Cid - karya sastera Sepanyol Lama tertua yang masih terselamat.[2]